Pelajar khayal di sekolah sah positif dadah - Utusan Malaysia

Pelajar khayal di sekolah sah positif dadah

ALZAFNY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Nilai di sini yang tular menerusi rakaman video dipercayai berada dalam keadaan khayal disahkan positif dadah jenis ketamin, benzodiazepin (benzo) dan tetrahydrocannabinol (THC).

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya mengesan penularan rakaman video memaparkan pelajar berkenaan disyaki berada dalam keadaan khayal di media sosial semalam.

Beliau berkata, susulan penularan video itu, polis menjalankan siasatan sebelum berjaya mengenal pasti pelajar terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku pada 28 Oktober lalu di sebuah sekolah menengah di daerah Nilai.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap pelajar berkenaan mendapati keputusan positif bagi dadah jenis ketamin, benzodiazepin (benzo) dan THC.

“Bagaimanapun, keputusan itu masih tertakluk kepada pengesahan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alzafny berkata, satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, pelajar terbabit akan dirujuk kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Khalidah Omar memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini