Selangor tangguh tarikh bekukan KISS - Utusan Malaysia

Selangor tangguh tarikh bekukan KISS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 31 Mei – Kerajaan negeri menangguhkan tempoh menggantung sementara bayaran Inisiatif Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) bagi tujuan mengemas kini maklumat penerima, yang sepatutnya bermula esok kepada selepas Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mengambil kira keperluan penerima KISS untuk terus menggunakan kad KISS bagi persiapan raya memandangkan Hari Raya Aidilfitri dijangka pada Rabu depan.

“Tarikh mengemas kini kad KISS yang telah dicadangkan adalah 1 Jun hingga 1 Julai 2019, tetapi sebagai negeri yang peduli rakyat dengan mengambil kira tarikh Hari Raya Aidilfitri pada 5 Jun, kerajaan negeri bersetuju menangguhkan tarikh mengemas kini kepada 15 Jun hingga 15 Julai 2019,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, Amirudin menjelaskan, langkah mengemas kini perlu bagi memastikan bantuan KISS diterima golongan yang benar-benar memerlukan setelah hampir dua tahun pelaksanaan program tersebut berjalan.

Tambahnya, dalam tempoh sebulan proses mengemas kini tersebut, penggunaan kad KISS akan dibekukan sementara.

“Setelah proses mengemas kini selesai, penerima KISS yang tersenarai di dalam eKasih atau senarai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) boleh terus menggunakan kad KISS dengan jumlah manfaat yang sama,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini