Sedih baju Melayu dipersenda - Utusan Malaysia

Sedih baju Melayu dipersenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Biasalah, tidak semua yang kita lakukan disukai orang. Kalau niat dan cara sudah betul, pedulikan sahaja apa orang nak cakap.

Begitulah yang terjadi kepada pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi yang meluahkan rasa sedihnya apabila ada warganet mempersendakan koleksi baju Melayu yang dihasilkannya bersama pereka fesyen Razman Razmi.

PAK NIL ralat kerana baju Melayu yang dihasilkannya dipersenda warganet.
PAK NIL ralat kerana baju Melayu yang dihasilkannya dipersenda warganet.

Koleksi baju Melayu tersebut dihasilkan bersama samping dan bengkung warna sedondon diilhamkan daripada penghibur, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.

Memuatkan artikel berkaitan…

Aznil atau lebih mesra dipanggil Pak Nil meluahkan rasa kesalnya itu menerusi entri dalam laman Instagram miliknya.

“Sedih jugalah bila orang mempersendakan. Samping sedondon itu Paknil bagi percuma aje untuk mengenang idola Paknil, Allahyarham Sudir (Sudirman).

“Yang tak nak pakai samping tu masih boleh gunakan samping songket biasa.

“Paknil hadiahkan jugalah samping songket supaya pemilik baju Melayu ini ada pilihan.

“Settle kan? Orang baling batu, Paknil baling bunga. So, no problem,” tulisnya.

Satu sikap yang bagus dari Pak Nil. Tak apalah, Pak Nil, pasti ramai sahaja yang suka.

Bagi Hits, Pak Nil tidak harus bersedih kerana ramai sebenarnya yang memuji dan suka dengan rekaan yang pernah digayakan oleh Sudirman sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini