Saya mahu bersara di Real - Ramos - Utusan Malaysia

Saya mahu bersara di Real – Ramos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 31 Mei – Sergio Ramos menepis dakwaan bahawa dia akan meninggalkan Real Madrid pada musim ini sebaliknya pertahanan Sepanyol itu menegaskan ingin bersara di kelab tersebut selepas mengadakan pertemuan bersama presiden, Florentino Perez.

Kapten Madrid itu mengadakan sidang media di pusat latihan kelab tersebut di Valdebebas untuk menamatkan khabar angin yang bertiup kencang.

“Saya mahu menjelaskan mengenai masa depan, saya adalah Madridista (penyokong Real Madrid), saya mahu berasara di sini dan apa jalan terbaik selain membina semula pasukan ini?

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya mahu meninggalkan kelab ini dengan mengucapkan selamat tingga menerusi pintu depan, dengan kemenangan,” katanya.

Ramos dan Perez berselisih pendapat pada Mac lalu berikutan kekalahan Madrid kepada Ajax dalam kempen Liga Juara-Juara dan sejak itu hubungan mereka tegang.

Bagaimanapun, Perez dalam satu temuramah bersama stesen radio Sepanyol, Onda Cero berkata Ramos telah menerima tawaran untuk berpindah ke China namun kelab tersebut tidak mampu dengan harga perpindahan yang diletakkan oleh Real malah mereka tidak membenarkan kapten itu meninggalkan pasukan secara percuma.

“Saya tidak pernah ingin pergi ke China. Saya mahu kekal di tempat yang saya cintai. Semalam, kami memperbetulkan segala-galanya dan kami mahu membina masa depan Madrid bersama.

“Hubungan saya dengan presiden seperti ayah dan anak, kami saling menyayangi. Saya tidak mahu tinggalkan Real, impian saya adalah bersara di sini malah saya sanggup bermain secara percuma di sini.

“Siapa yang tidak pernah bertengkar dengan ayah mereka? Bagaimanapun, penyelesaian terbaik adalah bersemuka dan berbincang tanpa diganggu oleh sesiapa. Sudah lama tidak melakukannya sejak saya bercakap mengenai kontrak atau duit bersama Florentino,” kata Ramos.

Real dijangka akan melengkapkan perpindahan Eden Hazard yang baharu sahaja membantu Chelsea menjulang Liga Europa menewaskan Arsenal 4-1.

“Hazard pemain bertaraf dunia. Bagus untuk Real Madrid. Saya tidak tahu namun saya berharap dia dapat menyertai kami,” kata Ramos lagi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini