Perayaan Aidilfitri menjelang tidak lama lagi. Ramai pengusaha biskut raya sedang bertungkus-lumus menyiapkan tempahan. Namun, Zurina Haron yang merupakan pengasas Iena’s Cookies berkata, tahun ini dia rasa sangat bersyukur kerana dapat menyiapkan tempahan biskut raya secara santai.
Zurina memulakan perniagaanya pada 1996 dan hanya mengambil tempahan pada musim perayaan. Walau bagaimanapun, dia masih menerima tempahan biskut sebagai cenderahati untuk majlis seperti perkahwinan, pertunangan dan jamuan makan.
“Saya mengambil keputusan untuk membeli mesin mepek bersaiz mini daripada Zull Design Autotronic (ZDA) kerana tertarik dengan video pada laman sesawang syarikat ini”, ujarnya.
Jelas Zurina, dia sangat berpuas hati dengan mesin mini mepek keluaran ZDA kerana banyak menbantunya
“Saya mampu menyiapkan sebanyak 20 dulang biskut semperit dalam masa satu jam sahaja.
Jika dibandingkan sebelum ini, saya terpaksa membuat biskut sehingga lewat petang untuk menyiapkan 20 dulang tersebut dan memerlukan bantuan pembantu.
“Selain itu, mesin ini mempunyai banyak kelebihan lain. Mata acuannya boleh dibuat khas mengikut corak bunga semperit yang saya perlukan.
Walaubagaimanpun, ZDA ada menyediakan corak bunga yang banyak dan kita hanya perlu memilih corak yang kita mahukan,” jelas Zurina.
Mesin ini amat mudah untuk dikendalikan. Zurina mengatakan bahawa mesin ini tidak mempunyai sebarang masalah jika digunakan secara berterusan. ZDA juga membekalkan dua unit bateri yang boleh dicas bagi memudahkan dan mempercepatkan proses menekan kulit tart dan kuih semperit.
“Mesin ini sangat membantu. Kini saya boleh menyiapkan hampir 80 balang biskut semperit dalam masa sehari tanpa memerlukan bantuan pekerja. Saya membuat biskut ini secara berseorangan dan masih mampu untuk membuat kerja lain,” jelas Zurina.
Selain semperit, Zurina juga membuat biskut lain seperti tart nanas, biskut topi dan biskut kelapa.
“Saya juga masih menggunakan mesin mini mepek ini untuk membuat biskut raya yang lain. Ia sangat menjimatkan masa dan tenaga. Saya tidak perlu lagi mencanai untuk menekap bentuk kuih satu per satu kerana saya telah menempah khas bentuk tekapan kuih mengikut bentuk yang saya perlukan”, jelasnya lagi.
Zurina berkata, ketebalan biskut rayanya adalah sekata dan cantik. Tepung yang ditekan menggunakan mesin mini mepek ZDA tidak berderai dan menghasilkan bentuk dan tekstur yang cantik dan sempurna.
“Harga mesin yang sangat berpatutan mendorong saya untuk membeli mesin ini. ZDA juga ada memberitahu bahawa sempena bulan puasa ini, pihaknya mengadakan promosi untuk mesin mini mepek ini dan mesin biskut raya yang lain.
“Pada pendapat saya, semua pengusaha biskut raya tempatan perlu memilikinya sekarang kerana mesin ini sangat membantu dan mempercepatkan kerja kita sebagai pengusaha tempatan,” ujarnya.











