KUALA TERENGGANU 31 Mei – Lima sekeluarga berputih mata apabila semua persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri musnah dalam kebakaran di Flat Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Chendering di sini malam tadi. Kejadian kira-kira pukul 9.45 malam itu berlaku ketika semua ahli keluarga Mohd. Khaizuwan Oslan Affendi, 30, tiada di rumah. Lebih menyedihkan, isterinya, Tuan Norlida Tuan Ariffin, 27, yang terkejut dengan kejadian menimpa mereka sekeluarga turut pengsan lalu dikejarkan ke Hospital…










