Ramadan, Che Ta nak khatam Al-Quran - Utusan Malaysia

Ramadan, Che Ta nak khatam Al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEHARI lagi sebelum umat Islam mula berpuasa, ada aktiviti yang berbeza akan dilakukan bagi wanita yang satu ini. Meskipun sibuk dengan pelbagai program seni dan perniagaan, dia tidak mahu mensia-siakan kehadiran Ramadan kali ini.

Menariknya, tahun ini Che Ta sudah mempunyai jadual khusus dengan menjemput pembimbing agama untuk hadir ke rumah bagi tadarus al-Quran.

Menyasarkan dia dan setiap seorang ahli keluarganya akan khatam al-Quran sepanjang

Memuatkan artikel berkaitan…
 

Ramadan, kehadiran pembimbing agama itu amat penting bagi memastikan misi mereka tercapai sebelum kehadiran Syawal nanti. 

“Bermula tahun ini saya dan keluarga sudah mempunyai jadual untuk kehadiran ustazah ke rumah sebab kami mahu khatam al-Quran sepanjang bulan puasa ini. 

“Tidak ada majlis secara besar-besaran pun, hanya kami anak beranak sahaja di rumah,” katanya.

Baginya setiap tahun dia melakukan aktiviti keagamaan seperti itu kerana Ramadan tidak boleh disia-siakan. Hanya pada bulan ini dia dapat berehat di samping menambahkan amalan untuk mereka sekeluarga.

Kongsi wanita yang berusia 46 tahun ini, walaupun tiada drama lakonannya yang akan ditayangkan sepanjang Ramadan ini namun rezekinya ‘tertumpah’ dalam bidang pengacaraan.

“Bagi saya lakonan sedikit meletihkan. Nak berpanas di set bukan satu kerja yang mudah dan sebab itu juga saya tidak menerima mana-mana tawaran yang datang.

“Tapi untuk tawaran pengacaraan memang saya terima memandangkan corak kerja yang lebih santai berbanding  penggambaran drama.” jelasnya.

Sempena kehadiran Ramadan kali ini sudah pasti tumpuan juga turut diberikan kepada anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana yang kini sudah mencecah usia lima tahun.

 

Meskipun anaknya itu masih muda untuk mendalami makna sebenar bulan mulia ini, namun dia tetap bersyukur dengan minat yang ditunjukkan Aaisyah sendiri yang tidak sabar menantikan bulan penuh dengan keberkatan itu.

“Saya masih belum melatihnya untuk berpuasa, namun bila kita menyentuh soal puasa dia sudah faham apa itu amalan berpuasa.

“Melihat dia sudah mampu menghafal surah untuk mengerjakan solat, memang sesuatu yang membanggakan sebagai seorang ibu,” katanya lagi.

JANGAN MENGHUKUM

Tidak mahu dia terlalu terbuka bercakap soal ini, Che Ta menegaskan yang dugaan hadir tidak mengenal sesiapa. Berkongsi pendapat mengenai beberapa rakan artis yang memilih untuk kembali membuka tudung, tiada sebab untuk dia menjatuhkan hukuman atau berkata buruk kepada mereka.

“Bila isu macam ini menjadi perdebatan umum, sedarlah itu bukan sahaja dugaan untuk mereka sebaliknya ujian buat diri kita juga. Saya sendiri pernah melalui fasa tersebut namun berjaya melaluinya dengan tenang.

“Selepas berhijrah saya memilih untuk berada dengan orang yang betul dan seiring dengan penampilan saya ketika ini. Kita perlu bercampur dengan orang yang betul untuk memastikan niat kita itu tidak tersasar.

“Alhamdulillah, adik beradik saya yang lain semuanya bertudung. Selalunya bila berkumpul kami bercakap soal agama,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kad Sim Glamor MyPrepaid Edisi Khas Rozita Che Wan, baru-baru ini.

Mengimbas kembali apa yang berlaku kepada dirinya satu ketika dahulu, semuanya tercetus apabila dia mengetahui suaminya Zain Saidin mempunyai impian untuk melihat isterinya mengenakan tudung.

“Saya tahu niat Zain itu ketika dia melihat Kaabah. Lantas perkara itu membuka hati saya untuk bertudung. Tapi saya tidak sesekali bertudung sebab suami saya tetapi sebaliknya atas kesedaran sendiri.

“Cuma apa yang membuat saya menyesal kini kerana lambat bertudung sebenarnya. Alhamdulillah sepanjang bertudung juga saya tidak pernah menerima dugaan yang besar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini