PRK Sandakan: Pengundi diseru keluar mengundi Sabtu ini - Utusan Malaysia

PRK Sandakan: Pengundi diseru keluar mengundi Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN – Seramai 39,684 orang daripada 39,856 pengundi biasa layak mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan Sabtu ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Azhar Azizan Harun berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 172 orang telah mengundi secara pos.

Sehubungan itu, SPR menyeru kepada semua pengundi berkenaan supaya keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi Sabtu ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, para pengundi dinasihatkan agar merancang masa dan keluar pada awal pagi serta tidak memilih untuk keluar mengundi di saat-saat akhir walaupun waktu mengundi telah ditetapkan dari pukul 7.30 pagi hingga 5 petang.

Bagi pengundi yang telah menerima Kad Pengundi atau yang telah mengetahui maklumat pengundian, mereka boleh terus ke saluran mengundi dan tidak perlu lagi membuat semakan di barung semakan SPR, katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini