PRK Sandakan: Komuniti India jadikan Sandakan berbilang kaum - Utusan Malaysia

PRK Sandakan: Komuniti India jadikan Sandakan berbilang kaum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN – Meskipun komuniti India di Sandakan hanyalah sebilangan kecil, namun kehadiran mereka menjadikan Sandakan sebuah daerah yang berbilang kaum.

Menurut calon DAP bagi Pilihan Paya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, beliau amat berbesar hati apabila dapat mendekati masyarakat India melalui program ramah mesra yang diadakan di sini.

“Walaupun komuniti mereka kecil tetapi sebagai calon seorang pemimpin, kita perlu bergaul dengan semua kaum yang terdapat di Sandakan, kita tidak boleh pinggirkan mereka,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong.

Dalam pada itu, Presiden kuil Sri Sithi Vinayagar, K.Ganesan berkata, beliau yakin Vivian mampu membawa lebih banyak pembangunan dan aspirasi seperti yang diharapkan oleh masyarakat di Sandakan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini