GEORGE TOWN – Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris meninggal dunia pada usia 93 tahun hari ini.
Beliau yang juga merupakan Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM) menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5 petang tadi kerana sakit tua di Hospital Gleneagles di sini.
Beliau meninggalkan empat cahaya mata.
Memuatkan artikel berkaitan…
Difahamkan , jenazah akan ditempatkan di rumahnya di Rose Avenue di sini sebelum dijangka dikebumikan pukul 10 pagi esok. – K! ONLINE











