PPZ-MAIWP sedia potongan gaji zakat pendapatan menerusi MyEG - Utusan Malaysia

PPZ-MAIWP sedia potongan gaji zakat pendapatan menerusi MyEG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mei – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) komited bagi memudahkan semua pihak khususnya majikan untuk melakukan pemotongan gaji bagi membayar zakat pendapatan menerusi sistem yang disediakan MyEG Services Bhd. (MyEG).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff, kerjasama itu dilihat mampu memberi nilai tambah bukan sahaja kepada majikan malah, bakal memberi manfaat kepada golongan sasar khususnya di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“PPZ-MAIWP merupakan institusi zakat pertama di Malaysia yang berkolaborasi untuk melaksanakan sistem potongan gaji zakat pendapatan melalui MY E.G.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak kami amat berbesar hati dan menyambut baik idea yang dilaksanakan oleh MYEG ini sekali gus dapat memudahkan urusan pihak majikan bagi tujuan pembayaran zakat pendapatan yang dilakukan setiap bulan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis Iftar bersama Anak-Anak Asnaf dan Pelancaran Sistem Potongan Gaji Pendapatan PPZ-MAIWP melalui MYEG di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengarah Eksekutif MyEG, Datuk Raja Munir Shah Raja Mustapha.

Sementara itu, Raja Munir Shah berkata, sistem itu memberikan kemudahan kepada lebih 159,000 majikan berdaftar di MyEG terutamanya yang beroperasi di Lembah Klang bagi menguruskan pembayaran zakat pendapatan kakitangan menerusi potongan gaji setiap bulan.

“Ketika ini, sistem itu hanya boleh digunakan bagi syarikat yang belum berdaftar dengan mana-mana agensi zakat negeri dan syarikat yang tidak aktif dengan pembayaran potongan gaji zakat pendapatan kakitangan dalam tempoh dua tahun.

“Jika mana-mana majikan mahu penjelasan lebih lanjut mengenai sistem potongan gaji zakat pendapatan ini, kami bersedia turun padang untuk menemui mereka,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini