Polis tahan 6 ahli kongsi gelap 04 Kluang - Utusan Malaysia

Polis tahan 6 ahli kongsi gelap 04 Kluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG 14 Mei – Polis menahan enam lelaki tempatan dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap 04 Kluang yang disyaki terlibat dalam beberapa kes pemerasan pemaju tapak projek perumahan dan perkilangan di sekitar daerah ini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, penahanan kesemua suspek berusia 23 hingga 35 tahun itu turut membantu polis menyelesaikan empat kes jenayah kekerasan membabitkan cedera parah, pergaduhan dan kes khianat.

“Dalam tangkapan itu, polis turut merampas masing-masing dua bilah parang dan pedang samurai, lapan unit telefon bimbit dan sebuah kereta jenis Mitsubishi Triton.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan awal mendapati keenam-enam mereka adalah anggota kumpulan kongsi gelap 04 Kluang dan bergiat aktif dalam kegiatan pemerasan serta merekrut anggota baharu bagi menyertai geng berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Mohd. Kamarudin berkata, kesemua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 326 dan Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah dan memeras ugut serta Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Jelasnya, orang ramai dan pemaju tapak projek diminta tampil memberikan maklumat dan aduan dengan menghubungi talian Hotline 013-6052467, sekiranya berlaku kegiatan pemerasan ke atas mereka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini