MELAKA 2 Mei – Polis Kontinjen Melaka merampas sejumlah 4,366 botol minuman keras pelbagai jenis yang dipercayai tiruan dan diseludup masuk ke negara ini selepas menyerbu empat buah rumah di sekitar negeri ini kelmarin. Dalam serbuan di empat buah rumah iaitu di Taman Sri Krubong, dua di Taman Teknologi Cheng dan di Taman Cheng Perdana itu, polis turut menahan tujuh individu termasuk seorang wanita tempatan dan dua lelaki warga Myanmar…










