Polis buru tiga anggota Daesh - Utusan Malaysia

Polis buru tiga anggota Daesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mei – Polis sedang berusaha mengesan tiga anggota Daesh yang disyaki terlibat untuk melancarkan serangan ke rumah ibadat bukan Islam.

ANGGOTA Daesh dikehendaki

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, tiga lelaki tersebut ialah dua warga tempatan dan seorang warga Indonesia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dua lelaki tempatan itu ialah Syazani Mahzan dan Muhammad Nuurul Amin Azizan, masing-masing berusia 27 tahun dan alamat terakhir di Taman Bedong, Kedah.

“Lelaki warga Indonesia pula dikenali sebagai Fatir Tir yang bekerja sebagai buruh binaan dan alamat terakhir di Banting, Selangor,” katanya.

Menurut beliau, sesiapa yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Manivanan Sibalingam di talian 017-3278435 atau mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini