KUALA LUMPUR – Perbadanan Nasional Bhd. (PNS) telah memperuntukkan sebanyak RM110 juta pada tahun 2019 untuk tujuan pembiayaan usahawan francais di negara ini, berlandaskan kepada Pelan Perniagaan Lima Tahun 2019-2023,. Pengerusi PNS, Datuk Dzulkifli Fadzilah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM35 juta dikhususkan untuk pembangunan francais. “Sementara bakinya, iaitu sebanyak RM65 juta pula adalah untuk pembangunan keusahawanan perusahaan sederhana dan selebihnya sebanyak RM10 juta adalah untuk peruntukan ruang runcit. “Melalui…










