KUALA LUMPUR 31 Mei – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terus melakar kejayaan apabila dinobatkan sebagai antara pemenang anugerah hartanah berprestij dunia iaitu FIABCI World Prix’ Excellence Award 2019 di Golden Palace, Moscow, Rusia, semalam. PKNS dalam kenyataan memberitahu, kemenangan itu diperoleh menerusi seni bina bangunan Ibu pejabat PKNS yang terletak di Seksyen 14 Shah Alam, Selangor dan berteknologi tinggi meraih anugerah Perak bagi kategori ‘pejabat’ daripada 13 kategori dipertandingkan. …










