KUALA LUMPUR 30 Mei – Petronas Dagangan Berhad (PDB) menawarkan kopi dan snek percuma kepada pemandu kereta dan penunggang motosikal di lebih 150 stesen Petronas seluruh negara sebagai sebahagian daripada kempen tahunan Coffee Break. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, Petronas Coffee Break yang diadakan sempena musim perayaan itu merupakan kempen keselamatan jalan raya PDB yang bertujuan menyedarkan pengguna jalan…










