Peserta konvoi motosikal maut kemalangan - Utusan Malaysia

Peserta konvoi motosikal maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mei – Seorang peserta konvoi motosikal maut manakala rakannya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 432.7 Lebuh Raya Utara- Selatan di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa Muhammad Fadzli Zulkuply, 25, maut di lokasi kejadian manakala rakannya Ahmad Izzuddin Musa cedera di bahagian kaki.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, kejadian tersebut berlaku ketika konvoi bermotosikal itu dalam perjalanan dari Ulu Bernam dekat sini mahu pulang ke Padang Jawa, Shah Alam, Selangor.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, setiba mereka di lokasi,motosikal dinaiki pemuda tersebut telah bergesel antara satu sama lain menyebakan mereka terjatuh.

“Muhammad Fadzli yang parah di kepala maut di lokasi manakala rakannya yang cedera di hantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan lanjut.

“Akibat pelanggaran itu, kedua-dua motosikal terlibat rosak sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Bak Phai, kes diklasifikasi di bawah Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini