Pertumbuhan Malaysia diunjur lemah pada 2019 - OCBC - Utusan Malaysia

Pertumbuhan Malaysia diunjur lemah pada 2019 – OCBC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei – OCBC Bank menjangkakan Malaysia mencatat pertumbuhan lebih lemah tahun ini dengan pertumbuhan tahun penuh pada 4.4 peratus.

OCBC Bank dalam kenyataannya berkata, data semasa juga terus menunjukkan momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lebih perlahan pada tahun akan datang berikutan ketidaktentuan persekitaran dagangan global.

“Langkah Bank Negara Malaysia menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada minggu lepas mungkin dilihat sebagai tindakan awal (menangani) keadaan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat ini, kami tidak menjangkakan sebarang penurunan (OPR) seterusnya pada 2019 kecuali wujudnya perkembangan yang membawa kepada penyusutan ketara pertumbuhan itu,” katanya di sini hari ini.

Bank pusat hari ini mengumumkan ekonomi Malaysia berkembang 4.5 peratus pada suku pertama tahun ini yang mengatasi unjuran OCBC sebanyak 4.4 peratus.

OCBC berkata, ringgit turut susut (di bawah 4.16) berbanding dolar AS selepas pengumuman data tersebut dan kini kembali meningkat daripada paras tersebut. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini