Penutupan jalan di Dataran Jam Besar, Sungai Petani - Utusan Malaysia

Penutupan jalan di Dataran Jam Besar, Sungai Petani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 13 Mei – Sempena Jualan Bazar Raya di Dataran Jam Besar, Jalan Ibrahim di sini, laluan semua kenderaan di kawasan itu akan ditutup sepenuhnya mulai 15 Mei ini sehingga 6 Jun depan.

ADZLI ABU SHAH
ADZLI ABU SHAH 

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, penutupan itu bermula pukul 8 malam sehingga pukul 2 pagi.

“Selain penutupan Jalan Ibrahim dari utara ke selatan, Jalan Bank, Jalan Padang juga terlibat sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berikutan itu, semua kenderaan dari arah utara untuk ke selatan, perlu melalui Jalan Sungai Layar, Jalan Petani dan Jalan Pangkalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, mereka yang datang dari arah selatan pula dan ingin ke utara perlu melalui Jalan Petri, Jalan Petani, Jalan Sungai Layar dan Jalan Pangkalan.

“Orang ramai perlu mematuhi peraturan ditetapkan bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini.

“Tindakan saman bakal dikenakan terhadap pengguna yang tidak mengikut peraturan dan lalu lintas akan dibuka semula selepas pukul 2 pagi,” katanya lagi.

Adzli menambah, jika perkara ini tidak dilakukan ia bakal menimbulkan kesesakan kerana pengguna sudah tentu meletak kenderaan secara sesuka hati semasa berada di kawasan bazar tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini