KUALA LUMPUR 3 Mei – Kementerian Pembangunan Luar Bandar tidak akan membenarkan pengambilan guru-guru taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan taman asuhan kanak-kanak Kemas daripada golongan transgender. Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, ini bagi memastikan golongan kanak-kanak tidak terkeliru dengan status guru yang mengajar mereka. Beliau malah memberitahu, pengambilan guru Kemas juga amat ketat sehingga setiap pemohon perlu lulus ujian psikometrik selain lulus dalam beberapa ujian lain. “Setakat ini,…










