Pelajar tahfiz, asnaf di Sungai Petani terima sumbangan - Utusan Malaysia

Pelajar tahfiz, asnaf di Sungai Petani terima sumbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 27 Mei – Seramai 15 orang pelajar tahfiz An-Nur Bukit Inas, Merbok dan 10 orang golongan asnaf di kawasan Bukit Selambau diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa Sambil Beramal anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Merbok di Kelab Cinta Sayang di sini, semalam.

Urusetia majlis itu, Hanisma Ismail berkata, mereka yang dipilih menerima hamper dan wang tunai.

“Kita berharap dapat menggembirakan para penerima, terutama dalam kalangan ibu tunggal dan warga emas yang berada disekitar Bukit Selambau,” katanya ketika ditemui di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang turut hadir Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Muda, Mohd. Fakhzan Nasir.

Pengerusi Bersatu Bahagian Merbok, Anuar Abdul Hamid berkata, program pemberian sumbangan itu dilakukan bertujuan untuk mengeratkan hubungan baik antara satu sama lain.

Penerima sumbangan, Bakar Idris, 71, dari Bukit Selambau berkata, pihaknya bersyukur kerana diundang hadir menikmati makanan selain menerima hamper mengandungi pelbagai barang makanan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini