Pekerja pos maut langgar babi - Utusan Malaysia

Pekerja pos maut langgar babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR – Rutin harian seorang kakitangan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) ke tempat kerjanya di Meru, Klang berakhir tragedi apabila maut terlanggar seekor babi di Kilometer 27 Jalan Klang-Teluk Intan dekat Batu 20 Jeram, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 8.40 pagi, Muhammad Afiq Muslih, 19, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Md. Asri A. Wahab berkata, semasa kejadian mangsa menunggang motosikal jenis SYM SM 110 sports dari rumahnya di Sekinchan ke Pejabat Pos Meru.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jarak perjalanan dianggarkan 102 kilometer.

“Mangsa telah melanggar seekor babi yang melintas di lokasi kejadian sebelum terbabas ke dalam parit di sebelah kiri jalan.

“Akibatnya, mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, mayat mangsa telah kemudian dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini