PeKa B40: 6,000 pesakit telah buat saringan kesihatan - Utusan Malaysia

PeKa B40: 6,000 pesakit telah buat saringan kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 19 Mei – Kira-kira 6,000 pesakit yang layak menerima Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) telah membuat saringan kesihatan di klinik-klinik yang terlibat setakat ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, sehingga bulan ini, kira-kira 1,000 doktor dari klinik perubatan swasta telah terlibat dan sekurang-kurangnya 46 doktor telah membuat saringan kesihatan itu kepada pesakit.

“Terdapat empat komponen PeKa B40 ini iaitu saringan kesihatan, bantuan alat perubatan, rawatan kanser dan subsidi untuk pengangkutan ke hospital kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bantuan alat perubatan ini termasuklah sekiranya perlu tukar sendi atau kerusi roda juga boleh digunakan,” katanya selepas merasmikan kempen kesedaran kesihatan anjuran Dewan Perhimpunan China Perak (Bahagian Wanita), Lee Eye Centre dan Hospital Pantai Ipoh di sini hari ini.

Pada April lepas, Kementerian Kesihatan menyasarkan projek rintis yang melibatkan peruntukan sebanyak RM100 juta itu akan memanfaatkan 800,000 penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang berusia 50 tahun ke atas.

Semakan kelayakan dan klinik yang terlibat dalam skim itu boleh dilakukan di laman web www.pekab40.com.my.

Dalam pada itu, mengenai program hari ini, Boon Chye menyeru orang ramai supaya memberi penekanan tentang ujian saringan kesihatan kerana menerusinya penyakit boleh dicegah atau dirawat sekiranya dikesan pada peringkat awal. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini