Pas Perak akur titah Sultan Nazrin - Utusan Malaysia

Pas Perak akur titah Sultan Nazrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 27 Mei – Pas Perak menjunjung titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang tidak membenarkan sebarang program dianjurkan atas nama parti politik dalam kawasan masjid mahupun surau di negeri ini.

Pesuruhjaya Pas negeri, Razman Zakaria berkata, pihaknya akan menuruti apa yang telah diperintahkan oleh Sultan Nazrin berhubung perkara itu demi kebaikan semua pihak.

“Pas akur dengan titah tuanku. Pada hari semua pemimpin parti politik dipanggil menghadap Sultan Perak, sebelah malamnya kita sudah mengeluarkan surat pekeliling.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita telah memasukkan arahan itu ke dalam kumpulan WhatsApp melibatkan kesemua Yang Dipertua Pas Kawasan di 24 buah Parlimen di negeri ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Razman berkata, semua Setiausaha Pas Kawasan di negeri ini juga telah dimaklumkan bahawa sebarang aktiviti di masjid mahupun surau, tidak boleh menggunakan logo parti.

“Bukan sahaja tiada logo, tiada ucapan dan juga tazkirah,” katanya.

Tambah Razman, pihaknya mengambil berat mengenai perkara itu namun, tugas menyampaikan ilmu melalui kuliah-kuliah akan diteruskan oleh mereka yang mempunyai tauliah tanpa pembabitan sebarang aktiviti politik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini