Pahang enggan mendabik dada - Utusan Malaysia

Pahang enggan mendabik dada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mei – Kapten futsal Pahang, Akmarulnizam Idris menolak persepsi bahawa pasukan itu adalah pilihan utama untuk mengungguli edisi sulung Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) 2019, yang akan membuka tirai pada 22 Jun depan.

Diperkuatkan 10 pemain kebangsaan termasuk kapten, Khairul Effendy Bahrin, Azwan Ismail, Saifulnizam Ali dan Akmarulnizam sendiri, Pahang yang akan bersaing atas nama Pahang Rangers dilihat cukup ampuh di atas kertas.

“Kehadiran pemain berprofil tinggi dan berstatus kebangsaan adalah satu tonik dan suntikan yang baik kepada pasukan, tetapi bukan alasan untuk kita mendabik dada.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita ada sebuah skuad yang mantap dan kuat tetapi ia tidak membawa sebarang makna jika gagal menterjemahkan kekuatan itu di atas gelanggang. Pa­ling penting, kita perlu bermain sebagai satu pasukan.

“Sasaran kita adalah muncul juara tetapi kita tidak boleh dibuai keyakinan tinggi hanya sebab kita ada nama-nama besar di dalam skuad, apatah lagi semua pasukan melakukan persiapan rapi dan kita jangan pandang cabaran mereka sebelah mata.

“Pasukan seperti Perak dan Selangor juga perlu diberi tum­puan, Melaka walaupun kehila­ngan ramai pemain tonggak juara LFK (Liga Futsal Kebangsaan) masih dilihat gah, jadi ia bukan mudah. Kita akan berdepan cabaran sengit dan perlu berada pada fizikal dan mental yang terbaik.

“Kita kena bermain pada potensi penuh, dan fokus satu perlawanan ke satu perlawanan. Pasukan ini juga ada ramai pemain muda, jadi kita harap adunan pemain berpengalaman dan muda dapat memacu Pahang mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini