Osaka kekal No. 1 dunia - Utusan Malaysia

Osaka kekal No. 1 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 13 Mei – Bintang tenis wanita Jepun, Naomi Osaka mengekalkan ranking No. 1 dunia mengatasi Simona Halep dari Romania, yang terlepas untuk memintas kedudukan itu ekoran kekalahan dalam final Terbuka Madrid, semalam.

Osaka, 21, kalah dalam suku akhir di Madrid minggu lalu tetapi kekal di tangga teratas selepas Halep tewas 4-6, 4-6 kepada Kiki Bertens.

Bertens yang muncul pemain wanita Belanda pertama menjuarai Terbuka Madrid tanpa melepaskan sebarang set melonjak ke ranking terbaik dalam kariernya iaitu kedudukan keempat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bekas pemain No. 1 dunia, Angelique Kerber dari Jerman naik satu anak tangga ke kedudukan ketiga manakala juara Terbuka Madrid tahun lalu, Petra Kvitova dari Republik Czech jatuh tiga anak tangga ke temapt kelima. – AFP

RANKING WTA 13 MEI

==================

1. Naomi Osaka (JPN) 6,356 mata

2. Simona Halep (ROM) 6,117 (+1)

3. Angelique Kerber (GER) 5,285 (+1)

4. Kiki Bertens (NED) 5,115 (+3)

5. Petra Kvitova (CZE) 5,050 (-3)

6. Elina Svitolina (UKR) 4,866

7. Karolina Pliskova (CZE) 4,786 (-2)

8. Sloane Stephens (USA) 4,656

9. Ashleigh Barty (AUS) 4,425

10. Aryna Sabalenka (BLR) 3,500

11. Serena Williams (USA) 3,461

12. Caroline Wozniacki (DEN) 3,252

13. Anastasija Sevastova (LAT) 3,240

14. Madison Keys (USA) 3,010

15. Belinda Bencic (SUI) 2,888 (+3)

16. Anett Kontaveit (EST) 2,855 (-1)

17. Wang Qiang (CHN) 2815 (-1)

18. Julia Goerges (GER) 2,520 (-1)

19. Garbine Muguruza (ESP) 2,415

20. Elise Mertens (BEL) 2,305

afp

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini