OCBC turunkan kadar BR, BLR, BFR - Utusan Malaysia

OCBC turunkan kadar BR, BLR, BFR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Mei – OCBC Bank (Malaysia) Berhad dan anak syarikatnya OCBC Al-Amin Bank Berhad mengumumkan pengurangan kadar asas (BR), kadar pinjaman asas (BLR) dan kadar pembiayaan asas (BFR) sebanyak 0.25 peratus berkuat kuasa 13 Mei 2019.

OCBC berkata, semua pinjaman dan pembiayaan berasaskan BLR dan BFR akan dikurangkan kadarnya dengan nilai yang sama.

“Dalam pada itu, semua kadar niaga deposit tetap (FD) dan Deposit Masa-i (TD-i) juga akan dikurangkan sebanyak 0.25 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan langkah di atas, BR OCBC Malaysia diturunkan daripada 4.08 peratus kepada 3.83 peratus, manakala BLR/BFR dikurangkan daripada 7.01 peratus kepada 6.76 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini