New York bakal larang pejalan kaki bermain gajet ketika melintas jalan - Utusan Malaysia

New York bakal larang pejalan kaki bermain gajet ketika melintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 27 Mei – Bandar raya ini mungkin menguatkuasakan larangan menaip mesej ketika melintas jalan.

Channel News Asia melaporkan, perkara itu mungkin berlaku selepas satu rang undang-undang diusulkan oleh Dewan Senat New York pada bulan ini.

Rang undang-undang tersebut menyasarkan larangan kepada pejalan kaki daripada menggunakan gajet elektronik ketika melintas jalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Larangan itu juga meliputi menaip mesej, menghantar emel, bermain permainan maya, mengambil gambar dan menggunakan internet kecuali ada urusan kecemasan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini