LONDON 30 Mei – Meletakkan kepercayaan kepada alat bantuan navigasi berteknologi tinggi boleh menjejaskan otak malah meningkatkan risiko terkena Alzheimer. Lapor Mail Online, pakar navigasi, David Barrie berkata, beribu tahun manusia telah membangunkan deria tajam terhadap persekitaran namun kini hilang selepas diambil alih navigasi satelit (satnav). Menurutnya, apabila menggunakan aplikasi Google Maps, satnav dan lain-lain, perkara itu sangat menyedihkan dengan gajet berbahaya telah ‘memutuskan’ hubungan manusia dan dunia. “Kemungkinan juga…










