Mourinho bakal sertai Celtic? - Utusan Malaysia

Mourinho bakal sertai Celtic?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 6 Mei – Bekas pengendali Manchester United, Jose Mourinho menerima tawaran mengejut dari Celtic untuk mengemudi kelab tersebut musim depan.

Kelab gergasi Scotland itu berjaya merangkul trofi kemenangan kelapan berturut-turut selepas menundukkan Aberdeeen pada Sabtu lalu tetapi masih mencari calon terbaik menggantikan Brendan Rodgers yang menyertai Leicester City.

Neil Lennon menggantikan Rodgers dalam masa singkat tetapi Celtic tidak berminat untuk terus menggunakan khidmatnya, dan ketika ini Mourinho juga belum terikat dengan mana-mana kelab selepas dipecat United pada Disember lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun pengendali dari Portugal itu masih berteka-teki ketika ditanya mengenai kelab yang akan disertainya tetapi dia memberitahu terbuka untuk mencuba pengalaman baharu.

Menurut Gianluca Di Marzio, Celtic menawarkan kontrak kepada Mourinho untuk mengendalikan kelab itu musim depan.

Ejen Mourinho, Jorge Mendes dikatakan mempunyai hubungan baik dengan lembaga pengarah Celtic dan akan berbincang dengan The Special One mengenai tawaran itu.

Celtic mahukan seorang pengurus yang boleh membawa kelab itu meraih kejayaan di peringkat Eropah selain mempertahankan kemenangan mereka di peringkat domestik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini