Mesin ATM diletup dua kali, cubaan rompak gagal - Utusan Malaysia

Mesin ATM diletup dua kali, cubaan rompak gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG 10 Mei – Sebuah mesin juruwang automatik (ATM) di Wisma Unikeb, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi gagal dipecahkan dua perompak walaupun menggunakan bahan letupan petang semalam.

Dalam kejadian pukul 7.50 malam itu, dua suspek tersebut cuba meletupkan mesin ATM itu sebanyak dua kali.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, ekoran letupan, mesin ATM dan ruangan yang menempatkan mesin turut mengalami kerosakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rakaman litar tertutup (CCTV) yang diperoleh menunjukkan suspek cuba meletupkan mesin ATM pada pukul 7.53 dan 7.55 sebelum beredar pada pukul 7.57 malam.

“Suspek memakai topeng ski ketika masuk ke kawasan mesin ATM berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Ahmad Dzaffir memberitahu, siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti identiti suspek dan jenis bahan letupan yang digunakan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini boleh menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Salena Mhd. Sallehudin di talian 0176424007,” katanya.

Tambah Ahmad Dzaffir, kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini