Maszlee ucap takziah kepada Agong - Utusan Malaysia

Maszlee ucap takziah kepada Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mei – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik merafak sembah takziah kepada Yang di-Pertuan Agong dan seluruh kerabat diraja Pahang di atas kemangkatan Sultan Ahmad Shah.

“Patik dan seluruh warga Kementerian Pendidikan Malaysia merafak sembah takziah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan seluruh kerabat diraja negeri Pahang di atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah, Sultan Pahang kelima di bulan Ramadan yang mulia ini.

“Semoga roh baginda dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini