MAHB pajak kenderaan elektrik kurangkan pelepasan karbon - Utusan Malaysia

MAHB pajak kenderaan elektrik kurangkan pelepasan karbon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 13 Mei – Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) memajak dua Kenderaan Elektrik (EV), Renault Zoe yang akan digunakan dan diuji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Klia) sebagai sebahagian daripada perancangan jangka panjang bagi mengurangkan pelepasan karbon.

MAHB dalam kenyataan berkata, langkah itu juga sebagai sebahagian daripada usaha bagi mengoptimumkan kos operasi dan pemanpanan Akreditasi Karbon Lapangan Terbang di Tahap 30-pengoptimis yang diiktiraf oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI).

Menurut MAHB, ia berhasrat menambah jumlah EV sekiranya data yang dikumpulkan dari penggunaan pada masa sekarang membuktikan ia berkesan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“EV boleh mengumpul kapasiti tenaga yang mampu bertahan sehingga jarak perjalanan 210 kilometer sebelum ia mengecas semula selama sejam untuk kegunaan seterusnya.

“Malaysia Airports berhasrat menggantikan kereta menggunakan petrol sekarang ini kepada EV kerana ia boleh menyumbang kepada pengurangan pelepasan 19,000 kilogram karbon dioksida yang dihasilkan setiap kereta dalam setahun,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini