Macam pasukan belia - Suarez - Utusan Malaysia

Macam pasukan belia – Suarez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL 8 Mei – Luis Suarez berang dengan sikap yang ditunjukkan Barcelona ketika kalah 0-4 kepada Liverpool, malah menyifatkan pertahanan mereka bermain seperti ‘pasukan belia’ ketika melepaskan gol kemenangan Divock Origi.

Barcelona tiba di Anfield bersama keyakinan tinggi selepas menang 3-0 dalam separuh akhir pertama di Camp Nou, minggu lalu.

Bagaimanapun, anak-anak buah Jurgen Klopp mempamer kebangkitan hebat, berterima kasih kepada Origi dan Georginio Wijnaldum yang masing-masing meledak dua gol.

Memuatkan artikel berkaitan…

Origi meletakkan tuan rumah di depan seawal minit ketujuh, sebelum pemain gantian, Wijnaldum memastikan Reds menyamakan kedudukan secara agregat 3-3 selepas menambah dua gol pada minit ke-54 dan 56.

Ketika permainan berbaki 11 minit untuk ditamatkan, Origi menjaringkan gol kemenangan Liverpool berpunca daripada sepakan penjuru pantas yang diambil oleh Trent Alexander-Arnold.

Pemain Barcelona belum bersedia ketika sepakan tersebut dilakukan dan hanya mampu melihat Origi merembat bola ke gawang tanpa dapat melakukan apa-apa.

Kekalahan itu bermakna, Barcelona mengalami kejutan besar dalam Liga Juara-Juara buat musim kedua berturut-turut selepas disingkirkan oleh AS Roma pada suku akhir tahun lalu biarpun menang 4-1 pada aksi pertama di tempat sendiri.

“Kami sangat sedih, amat terluka.

“Kami perlu menyalahkan diri sendiri, apatah lagi ini kali kedua perkara sebegini berlaku.

“Kami tidak boleh mengulangi kesilapan yang sama dua tahun berturut-turut. Banyak perkara yang perlu difikirkan dan kami perlu jujur kepada diri sendiri serta mengakui kesilapan yang dilakukan.

“Sukar untuk menerima kami melepaskan dua gol dalam masa satu minit (jaringan Wijnaldum), dan gol keempat? Kami kelihatan seperti pasukan belia.

“Bukan jurulatih yang patut dipersalahkan tetapi pemain yang perlu meminta maaf kepada penyokong,” katanya kepada pemberita sejurus tamat perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini