Lesap RM72,000 kena kelentong polis palsu - Utusan Malaysia

Lesap RM72,000 kena kelentong polis palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang pekebun di Bentong kerugian RM72,000 selepas memindahkan wang tersebut ke dalam akaun yang diberikan wanita menyamar polis.

Semasa kejadian petang semalam, mangsa diperdaya memindahkan wang bagi membuktikan dia tidak terlibat kegiatan pengubahan wang haram dan jual beli dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, lelaki berusia 60 tahun berkenaan terlebih dahulu dihubungi wanita menyamar polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Wanita berkenaan beritahu, dia ingin memeriksa semua akaun bank milik mangsa yang disyaki terlibat urusan jenayah bersama lelaki bernama Wong Ka Ting.

“Untuk membuktikan tidak terlibat, mangsa diarahkan memindahkan RM72,000 ke dalam akaun milik individu lain, kononnya bagi tujuan pemeriksaan akaun,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sejurus memindahkan wang seperti diarahkan, mangsa menghubungi semula wanita tersebut namun tidak berjaya dan berasa tertipu.

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini