Lelaki maut jatuh terhempas atas batu ketika memancing - Utusan Malaysia

Lelaki maut jatuh terhempas atas batu ketika memancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT 12 Mei – Seorang lelaki maut selepas jatuh terhempas ke atas batu dari ketinggian kira-kira enam meter ketika memancing di pantai Teluk Batik di sini hari ini.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 7.15 petang.

Menurutnya, kejadian melibatkan seorang lelaki berusia 73 tahun yang sedang memancing di tebing bukit pantai berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anggota bomba dari Balai Bomba Seri Manjung menemukan mangsa cedera parah pada bahagian kepala dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Anggota bomba menggunakan ‘bucket stretcher’ untuk membawa mangsa naik ke atas dan menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini