Lelaki Indonesia didakwa terlibat kegiatan keganasan - Utusan Malaysia

Lelaki Indonesia didakwa terlibat kegiatan keganasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 31 Mei – Seorang lelaki warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan bersetuju untuk memberikan latihan penyediaan membuat bahan letupan dan memiliki barang-barang berkaitan pengganas, awal Mei lalu.

Tiada pengakuan direkodkan terhadap tertuduh Muhammad Amru Lubis, 49, selepas pertuduhan selesai dibacakan dihadapan Hakim Norshila Kamaruddin kerana ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan pertuduhan dikemukakan, tertuduh tersebut didakwa telah bersetuju memberikan latihan penyediaan bahan letupan kepada ahli kumpulan “Sejati Sejiwa” menerusi aplikasi Whatsapp dalam  persediaan melakukan perbuatan pengganas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesalahan tersebut dilakukan di G-02-12, Jalan SM2, Taman Subang Mas di sini pada pukul 6.12 petang, 7 Mei lalu dan dituduh mengikut Seksyen 130F(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 30 tahun dan denda.

Bagi pertuduhan kedua pula, lelaki itu juga memiliki tertuduh didakwa memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh dalam telefon bimbit hitam jenama Oppo miliknya, di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 130JB(1) (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana barangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini