SUNGAI SIPUT 27 Mei – Seorang lelaki cedera di kepala dan pergelangan tangan akibat ditetak dengan parang dalam kejadian samun di ladang memproses ayam di Kampung Jaya Setia di sini semalam. Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kejadian pada pukul 5 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia lingkungan 60 tahun berada di ladang tersebut bersama pekerjanya. Katanya, tiga lelaki bertopeng muka dengan seorang daripadanya bersenjatakan sebilah parang…










