Legenda F1 meninggal dunia - Utusan Malaysia

Legenda F1 meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIENNA 21 Mei – Legenda Formula Sat (F1), Niki Lauda meninggal dunia pada usia 70 tahun selepas perkara itu diumumkan oleh keluarganya kepada media di Austria.

“Dengan rasa sedih, kami mengumumkan bahawa Niki yang disayangi telah pergi selama-lamanya di pangkuan keluarganya pada Isnin,” kata keluarganya dalam satu kenyataan.

Lauda meninggal dunia lapan bulan selepas dia melakukan pemindahan paru-paru.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pencapaian uniknya sebagai atlet dan usahawan akan terus diingati, semangatnya tidak pernah padam, sikap berterus-terang dan keberaniannya akan kekal.

“Dia merupakan model sebenar dan menjadi penanda aras untuk kami semua, seorang suami yang penyayang, ayah dan datuk di luar pandangan umum, dia sentiasa akan dirindui,” katanya lagi.

Lauda pernah muncul juara dunia F1 sebanyak tiga kali iaitu pada 1975, 1977 bersama Ferrari dan 1984 ketika mewakili McLaren.

“Semua orang di McLaren merasai kesedihan ini apabila mengetahui rakan kami, juara dunia F1 1984, Niki Lauda, telah meningal dunia. Niki akan sentiasa berada di hati kami dan berada dalam catatan sejarah kami. #RIPNiki,” kata bekas pasukannya itu.

Lauda merupakan pengerusi bukan eksekutif di Mercedes F1 sejak 2012 dan dia memainkan peranan besar menggilap bakat Lewis Hamilton hingga berada di puncak dunia apabila memenangi limakejuaraan pemandu dan pengeluar berturut-turut.

Ketika kariernya, Lauda terlibat dalam satu kemalangan ngeri pada 1 Ogos 1976, setelah memenangi lima perlumbaan pada musim tersebut, jenteranya terbakar ketika berlumba di Nuerburgring, Jerman.

Dia mengalami luka teruk selepas kulit di bahagian muka dan tangannya terbakar malah peparunya rosak.

Meskipun terpaksa menghabiskan masa beberapa minggu di hospital namun Lauda mencipta keajaiban apabila kembali beraksi enam minggu kemudian dalam keadaan berbalut serta menahan kesakitan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini