TAPAH 31 Mei – Bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan melancarkan perjalanan trafik menjelang cuti perayaan, sebanyak 13 lampu isyarat di daerah Tapah dinyalakan lampu kuning berkelip bermula hari ini sehingga Ahad ini. Ketua Polis Daerah, Superitenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, antara lampu isyarat yang terlibat di pekan Temoh, Dataran Amanjaya Temoh, Pasar Awam Tapah, simpang masuk ke Kilang Lhoist Chenderiang dan Bukit Baldwin pekan Tapah. Katanya, lampu isyarat…










