Kumpulan Hatten raikan anak-anak yatim  - Utusan Malaysia

Kumpulan Hatten raikan anak-anak yatim 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Kira-kira 40 orang kanak-kanak dari Rumah Anak-anak Yatim Darul Aitam di sini teruja apabila diraikan dalam majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Kumpulan Hatten (Hatten) di Hotel Hatten Place hari ini.

Pada program berkenaan, anak-anak yatim itu dihiburkan dengan pelbagai acara termasuk persembahan nyanyian secara langsung oleh kumpulan kombo polis bantuan Hatten, tayangan filem Upin & Ipin, agihan belon serta gelagat badut.

Pengarah Urusan Hatten, Datuk Edwin Tan berkata, majlis itu dianjurkan bagi menyemarakkan sambutan Ramadan dan menyantuni golongan kurang berkemampuan termasuk anak-anak yatim. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak pengurusan Hatten amat berbesar hati kerana dapat berkongsi nikmat kesyukuran dan menggembirakan anak-anak yatim ini. 

“Kita mahu golongan ini tahu bahawa mereka tidak pernah dilupakan, malah banyak pihak yang mengambil berat tentang kebajikan mereka,” katanya pada majlis sambutan berbuka puasa bersama Rumah Anak-anak Yatim Darul Aitam di sini hari ini. 

Pada akhir program tersebut anak-anak yatim itu turut diberikan sumbangan duit raya dan beg cenderahati istimewa dari pihak Hatten. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini