Kos pembinaan di KL ke-4 termurah - Utusan Malaysia

Kos pembinaan di KL ke-4 termurah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mei – Kuala Lumpur merupakan bandar keempat termurah bagi pembinaan untuk tahun 2019 berbanding kedudukannya ke-47 setahun yang lalu.

Menurut laporan Kos Pembinaan Antarabangsa 2019 yang diterbitkan Arcadis, Kuala Lumpur menduduki tangga ke-97 daripada 100 buah bandar global dalam senarai perbandingan kos berkenaan terutamanya dise­babkan penyusutan mata wang tempatan berbanding dolar Amerika Syarikat.

Katanya, bagaimanapun industri pembinaan Malaysia masih lagi menyaksikan pertumbuhan biarpun berhadapan dengan semakan semula kos bagi projek-projek berskala besar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Laporan itu juga menyebut, ekonomi di Kuala Lumpur semakin berkembang dengan pelbagai projek kejuruteraan awam yang akan menjadi pemacu utama bagi industri pembinaan di bandar tersebut pada 2019.

“Bagaimanapun, masih terdapat ketidakpastian politik terhadap beberapa projek infrastruktur mega berikutan kajian kos masih lagi berjalan, walau bagaimanapun, sektor pembinaan dijangka berkembang 4.3 peratus pada tahun ini,” katanya dalam laporan di sini hari ini.

Arcadis merupakan Konsultan dan Pereka bagi aset-aset yang terbina serta aset-aset asli (natural aset). Dalam laporan itu, bandar raya Hong Kong; Macau; Tokyo; Singapura dan Seoul merupakan lima bandar paling mahal bagi industri pembinaan di Asia.

Sementara itu Ketua Malaysia bagi Arcadis, Justin Teoh berkata, bagi tahun 2019, pihaknya menjangkakan sektor pembinaan berkembang lebih perlahan berbanding 2018 berikutan beberapa semakan semula terhadap projek infrastruktur mega serta kelembapan projek-projek mega global.

Bagaimanapun katanya, peruntukan yang dibuat kerajaan berjumlah AS$362 juta (RM1.5 bilion) bagi perumahan mampu milik dijangka membantu me­rangsang pertumbuhan industri.

“Selain itu, peningkatan gaji minimum pada Januari lalu juga memberi kesan terhadap kos buruh di Kuala Lumpur oleh itu pemain industri seharusnya melihat peluang transformasi digital bagi meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini