KOTA KINABALU 2 Mei – Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman menegaskan bahawa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri tidak pernah mengarahkan pengeluaran atau pemberian dokumen kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah. Sebaliknya beliau berkata mana-mana PATI yang ditangkap akan ditahan seterusnya didakwa dan dihantar pulang ke negara asal mereka. “Kerajaan negeri diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan) tiada kuasa memberi taraf kewarganegaraan kepada PATI, malah program pendaftaran rakyat…










