Kebebasan media akan terus ditegakkan - Utusan Malaysia

Kebebasan media akan terus ditegakkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mei – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan parti itu akan terus menegakkan kebebasan media dan berharap ruang tersebut dapat digunakan sebaik mungkin oleh pengamal media di negara ini.

Menerusi catatan terbaru dalam akaun Facebook rasminya, beliau berkata, kebebasan media sudah menerima nafas baharu kerana sebelum ini ia dikawal oleh kerajaan terdahulu.

“Namun kini, mereka bebas melaporkan berita. Nasihat saya, media perlu sentiasa berpegang kepada etika kewartawanan dan laporan mereka perlulah seimbang serta meraikan demokrasi yang dikecapi kini,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan 3 Mei sebagai Hari Kebebasan Akhbar Sedunia bagi menimbulkan kesedaran tentang pentingnya kebebasan akhbar dan mengingatkan kerajaan akan tugas mereka menghormati serta mendukung hak kebebasan bersuara seperti yang termaktub di bawah Artikel 19, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini