JPJ guna taktik penyamaran - Utusan Malaysia

JPJ guna taktik penyamaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu menggerakkan 26 anggota bagi menjalankan tugas penyamaran dalam bas ekspres sempena Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) yang bermula kelnarin hingga 13 Jun depan.

Pengarahnya, Zulkarnain Yasin berkata, sepanjang tempoh operasi, seramai empat anggota akan menjalankan tugas pe­nyamaran sebagai penumpang setiap hari melibatkan dua destinasi berbeza bagi perjalanan pergi dan balik.

“Saya nak ingatkan pemandu bas ekspres supaya berhati-hati dan berwaspada kerana kami telah kerah anggota untuk memantau pemanduan anda demi keselamatan orang ramai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka akan ambil tindakan terutama bagi kesalahan utama seperti tidak patuh lampu isyarat, memotong garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan sebagainya,” kata Zulkarnain pada sidang media Ops HRA 2019 di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di sini, malam kelmarin

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini