KUALA LUMPUR 22 Mei – Jenazah Almarhum Sultan Ahmad Shah dibawa dari Institut Jantung Negara (IJN) di sini untuk ke Istana Negara bagi urusan selanjutnya.
Jenazah dibawa dengan van jenazah khas pada kira-kira pukul 11 pagi tadi.
Yang turut kelihatan mengiringi jenazah ialah bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Memuatkan artikel berkaitan…
Almarhum Sultan Ahmad Shah dilaporkan mangkat di IJN di sini pada pukul 8.50 pagi tadi.
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak dijadual mengadakan sidang akhbar berkaitan kemangkatan Almarhum Sultan Ahmad Shah pada tengahari ini di Wisma Sri Pahang. – UTUSAN ONLINE











