KUALA TERENGGANU – “Negeri Terengganu ada, negeri awok ada dok?” Ia antara usikan kebanyakan individu di media sosial apabila merakam gambar berlatar belakangkan jambatan angkat atau ‘drawbridge’ pertama di Asia Tenggara yang dibina di Kuala Terengganu meskipun masih belum boleh dilalui dan hanya ditinjau dari jauh. Tetapi keadaan itu akan berubah mulai Ahad ini sehingga 17 Jun apabila kerajaan negeri membukanya untuk percubaan. Keterujaan melihat secara dekat pastinya bukan sahaja…










