KUCHING 2 Mei – Jabatan Pertanian Sarawak membantu petani tempatan dengan membeli lebihan buah-buahan tempatan yang masih segar sebagai satu daripada usaha membantu meningkatkan pendapatan bulanan mereka ketika musim buah-buahan. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Bahagian Industri Asas Tani membeli buah-buahan itu bagi diproses bagi dijadikan makanan ringan untuk dieksport memandangkan sebelum ini lebihan buah-buahan hanya terbiar rosak. “Kami mendapat rungutan daripada petani yang tidak memperoleh…










