AMMAN 30 Mei – Raja Jordan, Raja Abdullah memberikan kenyataan tegas kepada Jared Kushner yang juga Penasihat Kanan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenai rundingan damai Asia Barat khususnya bagi menamatkan konflik Palestin-Israel. Tegas Raja Abdullah, rundingan damai yang berkekalan hanya boleh dicapai dengan cara mengiktiraf kedaulatan Palestin sebagai sebuah negara dan Baitulmuqaddis pula ibu negaranya. Reuters melaporkan, Kushner mengetuai delegasi AS ke Asia Barat pada minggu ini…










